Ahad, 9 November 2014

Ciri Ciri Pemimpin Berkarisma

CIRI-CIRI KEPIMPINAN KARISMATIK:
Berdasarkan buku Gelagat Organisasi oleh Stephan P. Robbin ( 2000 ), ciri-ciri Pemimpin Karismatik adalah seperti berikut: 
1 Yakin diri :
Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat serta keupayaan diri mereka sendiri.
2 Satu Visi :
Mereka komited kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan di masa hadapan berbanding keadaan semasa.
3 Keupayaan untuk menyampai visi tersebut:
Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu faktor motivasi.
4 Penegasan terhadap visi tersebut :
Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko diri yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan pelbagai pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.
5 Gelagat luar biasa:
Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai sebagai sesuatu yang baru, tidak konvensional, serta menentang kebiasaan. Bila pemimpin-pemimpin tersebut telah mengecapi kejayaan, kelakuan tersebut akan menimbulkan kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.
6 Dianggap sebagai agen perubahan:
Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan bukannya penjaga “status quo” semata-mata.
7 Sensitif terhadap persekitaran:
Para pemimpin ini berupaya melakukan penilian realistik berkenaan konstrain persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut.
8 Menyelesaikan masalah secara luar norma ( tidak konvensional ).
Pemimpin Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma tetap masih berkesan. 



CARA PEMIMPIN KARISMATIK MELAKSANAKAN VISI DAN MISI DENGAN JAYANYA:
1 Pemimpin mempunyai visi menarik dan beliau menyampaikannya dengan mengaitkan masa kini dan masa hadapan yang lebih cerah. Dengan ini para pengikut merasakan masa depan mereka lebih terjamin. 

2 Pemimpin memberitahu subordinat tentang tingkat pencapaian yang diharapkan serta menyakinkan mereka akan mendapat pencapaian yang diinginkan.

3 Pemimpin akan menentukan/ menyampaikan secara lisan atau gelagat satu set nilai dan tingkah laku yang perlu diteladani oleh subordinat.

4 Pemimpin Karismatik dikaitkan rapat dengan pencapaian tinggi serta kepuasan di kalangan pengikut. Subordinat menyukai dan menyanjungi tinggi pemimpin yang berkarisma dan bermotivasi untuk berusaha dengan gigih untuk memastikan visi dan misi tercapai.

5 Seorang pemimpin berkarisma akan mewujudkan suasana (aura) berkarisma dengan mengekalkan pandangan yang optimistik.

6 Mereka juga menggunakan keghairahan sebagai pemangkin untuk menyemarakkan semangat mencapai visi dan misi.

7 Pemimpin yang berkarisma dianggap agen perubahan yang boleh memberi inspirasi dan mempengaruhi subordinat untuk mencapai visi dan misi.

8 Pemimpin ini sensitif terhadap persekitaran dan berusaha menyerlahkan potensi para pengikutnya dengan menyentuh emosi mereka supaya dapat mencapai visi dan misi organisasi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan