Seni Dalam Perniagaan Org Cina
~"Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang-orang barat, kita masih tidak dapat untuk menyainginya. Jika ingin lebih berjaya daripada mereka, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali berkerja lebih kuat daripada mereka~
(Tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo Choong)
Berniaga bukan satu kerjaya kerana terpaksa, ia memerlukan satu komitmen yang cukup besar dan minat yang mendalam. Hanya mereka yang mempunyai daya usaha berlipat kali ganda sahaja yang akan melepasi halangan dan cabaran sehingga tersenarai dalam "ranking" usahawan berjaya. Sebagai seorang usahawan juga saya begitu tertarik dan teruja membaca catatan setebal 150 muka surat oleh seorang pengarang Cina Muslim yang menerbitkan buku bertajuk "Rahsia Bisnes Orang Cina". Catatan yang padat dengan tip-tip perniagaan orang cina ini banyak membantu saya untuk berfikir semula dan bertanya "adakah ciri-ciri itu tiada di dalam jatidiri orang-orang melayu khususnya. Buku karangan Ann Wan Seng ini mencatatkan:-
1. Sejarah Bisnes Orang Cina
Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat. Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka. Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan. Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.Orang-orang cina dahulu duduk dibandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung danIndia estate. Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.
2. Dunia Bisnes Orang Cina
Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.Persepsi orang cina kepada perniagaan adalah psitif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
Ajaran confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.Busines boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang. Banyak orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka mengikut orang.keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan. Ia perlu digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada setengah-setengah orang.
4. Konsep Bisnes Orang Cina
Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapiKonsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.Orang cina pantang mengeluh didepan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cinaOrang cina sungguh agresif dan tahan lasakOrang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risikoOrang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran
6. Budaya Bisnes Orang Cina
Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira ttg waktu)Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayamOrang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahanOrang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"
7. Sistem Bisnes Orang Cina
Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamatOrang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihanOrang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan
8. Seni Bisnes Orang Cina
Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnyaSeni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan merekaSeni perniagaan cina berasaskan menang-menangOrang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik
9. Amalan Bisnes Orang Cina
Tanpa rugi tidak akan datang untungOrang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihanOrang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baikOrang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kayaOrang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan
10. Etika Bisnes Orang Cina
Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjangOrang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotorMasyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain. persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenarTawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakatKemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja kerasDalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga
12. Petua Bisnes Orang Cina
Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewetPelanggan sentiasa dijagaPeniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya
14. Bakat Bisnes Orang Cina
Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana. Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"Orang cina tak suka memberi alasan. Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan. Tidak ad ruang hendak berundur ke belakangOrang cina percaya nasib buruk boleh diubah. Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik. Sebab itu orang cina rajin membuang sial.
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjayaOrang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaranPemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahajaOrang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran
18. Adat Bisnes Orang Cina
Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaanOrang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan. Mesti dirumah bersama keluarga.Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat danunsur-unsurnasib tak baik.Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam. Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan. hadiah berupa jam, gunting dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial. Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak. Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian. Ia akan memberi alamat yang tidak baik.Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicariCina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina. Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain.
21. Strategi Bisnes Orang Cina
Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasilOrang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yangbesar dan tidak takut menghadapi risiko
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaanJaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannyaOrang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari darirakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok Dua bentuk jaringan orang cina. Satu, melalui pembentukan persatuan. Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun.
23. Berniaga Cara Orang Cina
Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluangBelajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan. Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24. Sikap Bisnes Orang Cina
Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
26. Politik Bisnes Orang Cina
Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama
28. Matalamat Bisnes Orang Cina
Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
29. Wawasan Bisnes Orang Cina.
Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30. Warisan Bisnes Orang Cina
Orang cina pandai berniaga bukankerana mereka lahir sebagai orang cina.
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal
32. Tip Bisness Orang Cina
Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan
#awakkatmana #richm5 #iamrichm5
Bisnes Networking Yg Paling Trend Ada Di Sinj